Habuk di dalam rumah bukan sahaja boleh merosakkan ‘penampilan’ dalaman dan dekorasi tetapi juga turut memberikan kesan buruk kepada kesihatan seisi keluarga.
Tipulah kalau rumah korang tak pernah berhabuk sebab proses pembentukan habuk ni akan berlaku secara berterusan. Setiap hari akan ada habuk yang berterbangan dan melekat dalam rumah.
Puncanya entah dari mana tetapi boleh dikatakan bahawa keadaan cuaca juga boleh menjadi penyumbang utama.
Kadang-kadang sampai rasa malas dah nak sapu dan cuci sebab hari-hari memang akan ada. Pun begitu, jika dibiarkan terlalu lama, ia juga akan terkumpul menjadi gumpalan yang besar dan lebih menyukarkan kita untuk membersihkannya.
Apa yang boleh kita buat untuk hilangkan habuk ini? Itulah persoalan yang selalu timbul bila dah tak tahu macam mana nak atasi ‘kehadiran’ habuk yang terlalu banyak.
Korang jangan risau, artikel kali ini akan membincangkan mengenai tips untuk hilangkan habuk yang telah dikongsikan oleh pengguna Facebook.
Menerusi satu kemaskini di group Tukang Apa Hari Ini, pengguna Facebook, Adam Raiqal, ada bertanya kepada orang ramai mengenai macam mana nak kurangkan habuk yang berterbangan dan melekat dalam rumah.
Pertanyaan itu mendapat pelbagai maklum balas dari netizen. Salah satunya yang menarik perhatian SK adalah tips yang dikongsikan Zamri D.Oc.
Menurutnya, habuk tidak akan mudah melekat jika permukaan di dalam rumah dilapkan atau dibersihkan dengan menggunakan air bancuhan Softlan. Ia akan menjadikan permukaan lebih licin.
Menariknya, ia juga merupakan petua yang turut diamalkan Zamri sebagai pekerja hotel. Dia telah bekerja di hotel sejak tahun 2006 lagi.
Apa lagi, cubalah sekarang! Nanti tak perlu lagilah nak risau pasal habuk yang banyak melekat dalam rumah.
Ke korang ada tips lain yang lagi berkesan? Kalau ada bolehlah kongsikan dengan semua orang dekat komen.
Sumber: Zamri D.Oc Via Group Tukang Apa Hari Ini