Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 20 Ogos 2021, terdapat 23,564 kes COVID-19 baharu dilaporkan.
Difahamkan juga jumlah kes yang dicatatkan pada hari ini adalah tertinggi pernah direkodkan.
Sehingga 20 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 23,564 kes (1,513,024 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,974 (545,120)
WPKL – 1,652 (162,302)
Johor – 1,323 (117,990)
Sabah – 2,738 (116,667)
Sarawak – 2,548 (94,564)
Negeri Sembilan – 608 (87,443)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 20, 2021
23,564 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,513,024 kes.
Menerusi ciapan daripada akaun rasminya, Selangor kekal sebagai negeri paling banyak mencatatkan kes harian positif iaitu sebanyak 6,974 kes.
Sabah pula mencatatkan sebanyak 2,738 kes pada hari ini sekali gus menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes positif harian.
Sarawak pula di kedudukan ketiga dengan mencatatkan sebanyak 2,548 kes.
Beberapa negeri lain juga turut mencatatkan ribuan dan ratusan kes kecuali bagi negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.
Sumber: Noor Hisham Abdullah