Siakap Keli
Gambar: dream.co.id, apahabar.com

(Video) Artis Indonesia, Rizky Billar Sah Nikahi Lesti Kejora, Mas Kahwin RM 306k Dibayar Tunai Jadi Tumpuan

Selebriti terkenal Indonesia iaitu Rizky Billar dan Lesti Kejora secara rasminya dilaporkan sah bergelar suami isteri.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan pada Khamis di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan itu, Billar telah menyerahkan mas kahwin berjumlah AS$72,300 (RM306,609) kepada Lestari.

Setelah ijab kabul selesai, Billar secara simboliknya memberikan mas kahwin tersebut kepada isterinya.

“Isteriku, ini adalah mahar dariku untukmu dan keluarga, terimalah ya,” kata Rizky Billar.

Kemudian, Lesti diberikan kesempatan untuk menjawab suaminya itu.

“Suamiku, terima kasih masya Allah, Alhamdulillah, mungkin kalau mahar ada nilainya, mudah-mudahan kasih dan sayang awak tidak ternilai,” jawab Lesti Kejora.

Menurut Billar, nilai mas kahwin tersebut dipilih sempena detik pertemuan kali pertama mereka.

“Sebenarnya, angka nilai ini adalah angka tarikh pertemuan kami pada 23 Julai,” ujar Billar.

Pasangan tersebut juga melangsungkan majlis pernikahan itu dengan bertemakan adat sunda.

Majlis pernikahan yang berlangsung penuh meriah itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Oleh kerana pandemik COVID-19, mereka hanya menjemput 30 orang tetamu sahaja.

Sebelum memasuki bangunan, para tetamu juga perlu menunjukkan bukti jemputan dan bukti bahawa mereka telah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos.

Selain dari itu juga, para tetamu turut diwajibkan untuk menjalani ujian swab PCR bagi tujuan keselamatan dan kelancaran majlis.

 

 

Sumber: Kompas.com 

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.