RapidKL dalam satu kenyataan yang diterbitkan dilaman facebooknya memaklumkan penutupan beberapa stesen Monorel, LRT & MRT di ibu kota bermula 9 pagi hingga 3 petang ini.
Menurut kenyataan berkenaan, penutupan berkenaan bertujuan untuk memelihara keselamatan awam. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan.
Antara laluan yang terlibat dengan penutupan berkenaan adalah LRT laluan Ampang & Sri Petaling, LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang dan Monorel laluan KL.
Selain penutupan laluan berkenaan, Kaunter Kad Konsesi MyRapid di Stesen LRT Pasar Tani juga ditutup.
Bagaimanapun, bagi laluan dan stesen yang tidak terlibat dengan penutupan akan beroperasi seperti biasa.
Sumber: RapidKL