Siakap Keli
Gambar Via News24H

Rezeki Terpijak, Lelaki Tak Sengaja Beli Peti Ais Terpakai ‘Berisi’ Duit Bernilai RM 360 Ribu

Pernah tak korang beli barang dalam talian dan terjumpa sesuatu yang tak terjangka seperti duit, apa yang korang akan buat?

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki di Korea Selatan yang dilaporkan telah menemui wang tunai lebih 100 juta Won (RM360,656) dalam peti sejuk kimchi terpakai yang dibelinya dalam talian.

Menurut Times Now News, lelaki yang berasal dari Pulau Jeju itu tidak tahu mengenai duit yang dilekatkan di bahagian bawah peti sejuk itu dan tercengang semasa melihatnya.

Sementara itu, pihak polis mengatakan bahawa lelaki itu telah membuat laporan mengenai penemuan duit tersebut pada 6 Ogos dan menyatakan menemui duit itu semasa membersihkan peti sejuk yang baru sampai di rumahnya.

MBC News pula melaporkan bahawa duit itu telah dibungkus dalam kepingan plastik lutsinar dan dimasukkan tepat di bawah peti sejuk.

Gambar Via Singapore Uncensored

Duit itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis dan siasatan dijalankan untuk mengesan penjual peti sejuk dalam talian itu.

“Jumlah duit itu sangat banyak, ini tidak masuk akal kerana jarang sekali kita mempunyai kes sebegitu,” kata seorang pegawai polis.

Bagaimanapun, lelaki terbabit sebenarnya berpeluang mendapatkan kembali duit itu walaupun telah diserahkan kepada polis kerana Undang-Undang Hilang dan Ditemui Korea Selatan menyatakan bahawa jika pemiliknya tidak dapat dikesan, maka orang yang menemukannya boleh menyimpan.

Dalam kes ini, pemilik peti sejuk itu mungkin akan mendapat duit selepas 22% daripadanya dipotong untuk cukai. Dia juga dijamin akan mendapat potongan pampasan walaupun pemilik duit itu dijumpai.

Pun begitu, jika wang tersebut mempunyai kaitan dengan jenayah, mana-mana pihak tidak akan mendapatkannya.

Sumber: Times Now News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.