Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui Twitter rasmi mengumuman inisiatif vaksinisasi secara walk-in di Lembah Klang selepas 22 Ogos.
Lanjutan daripada Operasi Lonjakan Kapasiti baru-baru ini, beberapa ketetapan baharu dibuat sebagai kesinambungan kepasa usaha pemvaksinan di Lembah Klang.
Setelah mengambil kira perancangan operasi PPV, sebelumnya serta keperluan semasa berdasarkan data yang dikumpul, pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) mengeluarkan beberapa dapatan:
1. Bilangan walk-in untuk warganegara Malaysia semakin berkurang dari hari ke hari semenjak walk-in dimulakan 2 Ogos lalu. Oleh itu, walk-in untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang akan diteruskan tetapi di 13 PPV (Pusat Pemberian Vaksin) tertentu sahaja.
2. Bagi yang bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang, kaedah walk-in dikhususkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) sehingga 22 Ogos akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah janji temu.
Ini bermakna, PPV SNBJ tidak lagi menerima walk-in bukan warganegara mulai 23 Ogos ini.
Bukan warganegara yang masih belum mendaftar untuk PICK boleh berbuat demikian sama ada di MySejahtera, talian PICK 1800-888-828 atau laman web www.vaksincovid.gov.my.
Walk-in untuk warganegara Malaysia di Lembah Klang
Vaksinasi secara walk-in di PPV untuk warganegara Malaysia di sekitar lembah Klang adalah seperti di bawah:
Bermula 23 Ogos 2021
1. KL Convention Centre (KLCC) – HCO F, G dan H
2. Axiata Arena Bukit Jalil – A, B
3. Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B
4. Bangi Avenue Cinvention Centre (BACC)
5. Hotel Wyndha, Acmar Klang
6. Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
7. Stadium Tertutup Kuala Selangor
8. Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
9. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
Bermula 25 Ogos 2021
10. Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak
11. Bukit Beruntung Golf Resort
Bermula 26 Ogos 2021
12. Galaxy Mall Ampang
13. Universiti Multimedia, Cyberjaya
Individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV berhampiran yang tersenarai di atas. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis sama dengan dos 1 anda, anda akan dirujuk ke PPV lain.
Walk-in adalah berdasarkan kaedah first-come-first-serve bergantung kapasiti bekalan di PPV tertera. Individu walk-in akan diletakkan di bawah satu senarai untuk diminta hadir semula pada keeseokan harinya jika bekalan vaksin pada hari tersebut sudah habis digunakan.
Manakala walk-in untuk penduduk Malaysia di negeri lain selain daripada lembah Klang adalah diteruskan seperti biasa dan bergantung kepada negeri masing-masing.
MAKLUMAN: Vaksinasi walk-in selepas 22 Ogos di Lembah Klang. pic.twitter.com/XdUDIP4tz2
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 22, 2021
Sumber: JKJAV