Sekarang kan musim orang selalu buat ‘live’ depan kamera, betul tak? Selalunya mereka ‘live’ menggunakan medium Google Meet, aplikasi Zoom, Webex dan banyak lagi. Tak kurang juga ada yang menggunakan panggilan video menerusi WhatsApp je.
Peralatan asas kalau nak buat ‘live’ ni biasanya macam telefon atau kamera komputer, mikrofon, headphone dan tripod. Itu yang asas. Tapi tahukah korang, sebenarnya kalau kita gunakan peralatan yang lagi lengkap, mesti ‘live’ kita tu jadi ‘clear’.
Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan nasyid Inteam, iaitu Hazamin ada berkongsi lima (5) jenis peralatan yang korang wajib ada untuk nak ‘set up’ sebelum ‘live’. Yang best nya, kalau korang ada benda-benda ni, audio korang memang cun gila.
Jom kita tengok perkongsian Hazamin di bawah ini. Semoga bermanfaat!
Peralatan berkualiti wajib ada untuk buat ‘live’, sesuai untuk Google Meet, Zoom dll

Assalamualaikum.
Lepas saya buat live semalam, ramai pulak yang bertanya set up live yang saya pakai. Sebenarnya simple je, yang murah-murah je dan ramai orang pakai pun. Set up saya tu direct je ke phone. Cuma perlukan beberapa jenis cable dan converter. Tu je.
Sebelum ni saya ada set up sound Behringer Uphoria tu, tapi ia lebih sesuai untuk recording ke laptop dengan gunakan software (DAW), sebab dia USB soundcard. Semua sound effect kat dalam software.
Tapi dengan soundcard V8 Pro ni, sound effect dia dah ada kat hardware, cuma simple je lah, ada reverb (delay) tu saja. Oklah, harga pun murah, cuma kelebihan dia ialah dia senang nak guna untuk live kat apa-apa platform, cucuk saja.

Guna Google Meet ke, Zoom ke, FB live ke, Instagram ke, Streamyard ke, sebab sound yang masuk ke dalam phone kita tu ialah sound yang dia dah proses, jadi masuk kat phone tu dia terima je macam mic standard yang masuk, tak perlu set up audio bagai kat platform live tu.
Disebabkan saya dah beli mic condenser Behringer C1 dulu, jadi saya hanya beli soundcard sahaja V8 Pro ni. Lain-lain barang saya dah ada termasuk stand mic dan filter. Cuma bila nak pasang Mic condenser tu, sound card ni dia tak hantar power ke mic, so, kenalah beli pulak Phantom power.
Pun tak mahal sangat bendanya. V8 ni pulak ada versi lama dan versi baru. Saya pakai yang versi V8 Pro. Ada juga V8 S, takdelah banyak beza sangat rasanya, dari segi design je kot nampak lain skit.
Pakai fon Android jenis ‘Type C’
Then phone pulak pakai Android type C. Jadi kena beli converter. Kalau yang pakai iphone pun kena beli converter, sebab dari soundcard tu dia hantar melalui jack audio mic yang macam earphone mic kita selalu pakai tu.
Tapi nasihat saya, nak beli converter ni belilah yang elok skit dan mahal skit supaya dia boleh digunakan. Yang murah-murah ni kekadang tak boleh jadi dua hala (audio dari kita masuk ke phone, audio dari phone masuk ke kita).
Bila boleh dua hala ni, maksudnya sound setup kita ni boleh juga guna untuk berbual live, macam Google Meet atau Zoom tu. Dia akan hantar balik suara orang sebelah sana ke telinga kita.
Info kos dan harga
Untuk makluman yang bertanya kos/harga:
Kalau beli Soundcard saja RM49.90. Kalau satu set dengan mic dia dan barang-barang dia RM99.90. Cuma converter kena beli lain.
Kalau pakai mic yang dia provide tak perlu phantom power tu rasanya. Cuma tak tau kualiti Mic dia camana, tak pernah try.
Kalau nak pakai mic Behringer C1 tu harga dia pulak RM135. Cuma kena beli cable XLR to audio jack tu.
Boleh beli di Shopee
Ok jom kalau nak window shopping:-
- Soundcard V8 Pro: https://shp.ee/4wtudzj
- Mic Behringer C1: https://shp.ee/pzfy6t3
- Cable XLR to Audio: https://shp.ee/3w5pwe3
- Converter Type C: https://shp.ee/ryn8dm3
- Phantom Power: https://shp.ee/pqn25ux
Berikut di bawah adalah lampiran gambar-gambar barang dan keterangannya.

[Kapsyen gambar: Ini converter untuk Type C]

[Kapsyen gambar: Ini tempat cucuk converter tu]

[Kapsyen gambar: Ni setting untuk live. Boleh pergi ke 2 phone. Yang accompaniment phone tu kat saya punya dia tulis backing track. Gunanya tu kalau korang nak masukkan minus one atau muzik untuk karaoke ke]

[Kapsyen gambar: Ni setting kalau pakai condenser mic yang kena ada phantom power. Mic yang dia bagi satu set tu rasanya tak perlu benda ni kot]

[Kapsyen gambar: Ini contoh penyambungan dia]

[Kapsyen gambar: Mic yang saya pakai]

[Kapsyen gambar: Harganya berbeza kalau beli satu set atau soundcard sahaja]

[Kapsyen gambar: Antara kawan-kawan yang bertanya]
Sumber: FB Hazamin Inteam