Siakap Keli
Gambar: Faiz Bahruddin

Lelaki Ini Bagi ‘Idea’ Kepada MySejahtera, Tak Perlu Nak Tunjuk Sijil Lengkap Vaksin Bila Masuk Premis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Macam yang kita tahu, individu yang dah lengkap vaksin COVID-19 diberi kelonggaran untuk pelbagai aktiviti dalam sektor ekonomi dan sosial.

Kelonggaran-kelonggaran ini terpakai apabila individu tersebut melepasi 14 hari selepas dos kedua (bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac). Manakala bagi individu yang disuntik vaksin satu dos (Johnson & Johnson dan CanSino) perlu melepasi 28 hari dari tarikh vaksin.

Individu yang sudah lengkap vaksin ini perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum masuk ke premis-premis tertentu. Tarikh ini boleh dilihat di aplikasi MySejahtera.

Pun begitu, hanya tarikh vaksin yang dicatatakan di aplikasi tersebut, nak tahu cukup ke tak 14 atau 28 hari dari tarikh vaksin, kena kira sendiri secara manual.

Rasa agak renyah dan memakan masa untuk kira berapa hari dah lepas tarikh vaksin, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Faiz Bahruddin ini memberi saranan kepada pihak MySejahtera.

Faiz meminta pihak MySejahtera untuk cipta satu feature bagi mengelaskan individu-individu sudah divaksin, belum lengkap dos vaksin dan belum divaksin.

Malah Faiz siap bagi contoh output untuk ideanya.

 

Gambar: Faiz Bahruddin

Bagus jugak kan kalau keluar macam ni kat MySejahtera. Takdela terkulat-kulat nak kira depan kedai. Apa pendapat korang?

Sumber: Faiz Bahruddin

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.