Terkini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
“Saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk mengganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19,” katanya.
Tambahnya lagi, kestabilan politik perlulah segera dicapai melalui kebersamaan termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.
Kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti – PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/vuxc5T42TG
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 22, 2021
Sumber: Bernama