Siakap Keli
Gambar: @littlesyaaa & Telegram

Siap Boleh Baca Al-Quran, Korang Kena Tahu 6 Fungsi Telegram Ini Yang Tak Ada Kat Whatsapp

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Telegram merupakan aplikasi mesej percuma yang berfungsi  mengirim pesanan, gambar dan fail tanpa had hingga 2GB setiap saiz fail.

Ramai daripada kita lebih selesa menggunakan aplikasi ini untuk sertai group atau channel. Disebabkan nak join group atau channel kat Telegram ni tak perlu dedahkan nombor telefon, jadi ramai juga yang gemar akan aplikasi ini.

Tapi korang tahu tak, selain boleh join macam-macam group kat Telegram ni, ada juga fungsi lain yang sangat bermanfaat kepada pengguna.

Fungsi yang dikenali sebagai bot ni merupakan kecerdasan buatan atau AI yang boleh lakukan macam-macam fungsi seperti mengajar, menyiar, mengingatkan, memainkan sesuatu, malah berhubung dengan pelbagai servis.

Melalui sebuah thread di akaun Twitter @littlesyaaa, wanita ini berkongsi enam jenis bot dengan fungsi berbeza, yang boleh digunakan di aplikasi Telegram untuk memudahkan kerja korang.

1. Pandaibot

Gambar: @littlesyaaa

Dengan Pandaibot ni korang boleh track parcel untuk semua kurier, check weather forecast, waktu solat, request quotes, cari link untuk menderma dan banyak lagi.

2. Quran Bot

Gambar: @littlesyaaa

Kalau korang nak cari bacaan Al-Quran untuk semua surah, dalam bot ni ada. Korang boleh pilih nak surah mana dan reciter mana. Malaysia punya reciter pun ada tau.

3. Jawigram

Gambar: @littlesyaaa

Jawi ni seni tulisan, jadi semua orang boleh belajar, masukkan je perkataan dalam Bahasa Melayu. Bot ni akan auto generate dalam tulisan jawi. Pastikan guna bahasa Melayu baku tau kalau tak nanti bot tak boleh detect.

4. Office2pdf

Gambar: @littlesyaaa

Haa yang ni untuk convert any files kepada PDF. Gambar, text, words semua boleh.

5. PDF Bot

Gambar: @littlesyaaa

PDF bot untuk merge atau gabungkan PDF files jadi satu file.

6. Voicy

Gambar: @littlesyaaa

Voicy untuk convert kan suara to text. Serious function terok kalau korang malas nak type bagai. Sebelum cakap tu, pilih language yang kita nak cakap tu dulu, baru senang dia nak detect.

Lepas ni tak payah susah-susah muat turun macam-macam aplikasi, guna bot kat Telegram ni je, settle masalah.

Sumber: Twitter @littlesyaaa

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.