Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Strategi Tangani COVID-19 Dirangka Sebelum Ini Akan Diteruskan, Ditambah Baik – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa pihaknya akan meneruskan strategi dirangka kerajaan sebelum ini dalam menangani pandemik COVID-19.

“Saya akan memastikan setiap intervensi dan usaha pihak kerajaan untuk menurunkan kes COVID-19 dilakukan secara lebih komprehensif.

Ia bakal dilaksanakan melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan sistem kesihatan negara kembali stabil, katanya.

“Melalui usaha berterusan kerajaan sebelum ini, kadar pencapaian vaksinasi di Malaysia merupakan antara yang terpantas di dunia. Malaysia konsisten memberi kadar vaksinasi yang tinggi melebihi 500,000 dos sehari,” tambahnya, menegaskan akan meneruskan usaha ini bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Sumber: Bernama TV

 

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.