Siakap Keli
Gambar: Azmil Zulkifli & JobStreet

“Bos Boleh ‘Reject’ Surat Berhenti Kerja Korang, Tapi..,” Nak Berhenti Kerja, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila nak berhenti kerja, benda paling basic dalam prosedur ini tak lain tak bukan adalah penyerahan notis berhenti kerja.

Notis berhenti kerja ni diserahkan kepada majikan melalui bahagian sumber manusia atau HR. Notis berhenti kerja selalunya dalam bentuk surat rasmi yang diberikan dalam tempoh masa tertentu sebelum tarikh berhenti.

Dalam notis ni akan dinyatakan tarikh berhenti kerja dan tujuan berhenti, diikuti nama dan tandatangan pemberi, macam surat rasmi pada umumnya.

Tapi boleh ke majikan tolak notis berhenti kerja walaupun dah ikut prosedur yang ditetapkan syarikat?

Melalui sebuah video yang diunggah di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Azmil Zulkifli ni tampil menjawab persoalan tersebut.

Kata Azmil, majikan boleh reject notis berhenti kerja kita, tapi kalau dalam drama kat tv jelah.

Hakikat sebenarnya, majikan tak boleh halang atau tak luluskan notis berhenti kerja. Pada masa pekerja hantar notis berhenti, maka bermulalah tempoh notis tersebut berjalan.

Menurut Azmil, pekerja tak payah pun tunggu ‘kelulusan’ majikan untuk berhenti kerja.

@kerjajer

“Papa tak luluskan resignation awak” #kerjajer #TikTokGuru #kerja

♬ original sound – Kerjajer with Azmil – Kerjajer with Azmil

Sumber: Azmil Zulkifli

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.