Siakap Keli

Bukan Calang-Calang Orang, Jual Coklat Sampai Boleh Beli Rumah, Wanita Ini Kongsi Tips & Rahsia Kejayaan

Kesusahan hidup apabila dihimpit dengan masalah kewangan, perit untuk ditelan oleh siapa pun. Pastinya, ramai yang pernah berdepan dengan ujian ini terutamanya dalam keadaan sekarang yang mencabar. Umpama menggalas beban berat di bahu, hanya yang cekal akan terus bertahan mengubah hidup.

Itu yang dilalui oleh seorang wanita biasa sehingga berjaya keluar dari kepompong kesusahan. Kejayaan yang digapainya pada hari ini benar-benar mencetuskan insiprasi kepada ramai insan di luar sana. Siapa menyangka, gelaran ‘jutawan’ yang dimilikinya kini, semuanya bermula dari bawah!

Tekad ubah hidup, keluar dari masalah kewangan!

Kejayaan yang ditempa oleh Puan Nurul Nadhirah Abdul Jalal, salah seorang ajen yang berjaya menempa nama bersama empayar produk coklat terkenal Chocodap’s sehingga bergelar jutawan ini tidak semudah yang dibayangkan. 

Perjalanan penuh liku yang dilalui Puan Nadhirah menjadi bukti anda tidak perlu menjadi seorang pengasas produk perniagaan tetapi siapa pun boleh berjaya sekiranya memilih perniagaan yang betul disertai dengan semangat yang tidak pernah berputus asa!

Mengimbas kembali, titik tolak kepada kejayaan Puan Nadhirah bermula pada tahun 2018 apabila dia mengambil keputusan berani menyertai Chocodap’s dan mendaftar sebagai ajen dengan bermodalkan wang sebanyak RM400 yang diberikan suami untuk membayar ansuran kereta.

Semuanya kerana tekad untuk keluar dari masalah kewangan setelah dia berada di titik terendah dalam hidup apabila terpaksa menggadaikan semua barang kemas miliknya demi mencukupkan kehidupan mereka sekeluarga.

Langit terasa ingin runtuh, ujian datang tidak berhenti 

Puan Nadhirah tidak memiliki pendapatan tetap ketika itu kerana tugasnya sebagai penyelia asrama di salah sebuah kolej, ditamatkan perkhidmatan pada Disember 2016. Pada tahun sama, suaminya yang bekerja sebagai juruteknik dengan gaji sekadar cukup makan pula diarahkan majikan untuk berpindah ke Jerantut, Pahang.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, ujiannya tidak berhenti di situ. Sudahlah diuji dengan masalah kewangan, wanita cekal ini pula mengalami kemalangan akibat microsleep dan ketika itu turut membawa ibunya bersama di dalam kereta. 

Hati siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib ibu sendiri yang mengalami patah tulang pinggang. Berbekalkan wang yang tak seberapa, sejak itu dia terpaksa membawa ibunya mendapatkan rawatan dan  berulang alik dari Kuala Lumpur ke salah sebuah hospital di Shah Alam dengan menelan kos perubatan yang tinggi.

Semuanya diharungi wanita ini dengan sabar sehinggalah tidak lama kemudian dia diuji lagi apabila ibu mertuanya pula jatuh sakit. Langit dirasakannya seperti ingin runtuh tatkala berdepan ujian hidup yang datang bertalu-talu. Ditambah dengan masalah kesempitan wang, sememangnya menyesakkan lagi keadaan!

Barang kemas sudah digadai, gaji suami cukup makan, bagaimana lagi caranya untuk dia mendapatkan wang bagi membantu kehidupan mereka sekeluarga?

Menurut Puan Nadhirah, ketika itulah Allah menghadiahkan sesuatu yang terindah iaitu pertemuan dengan Chocodap’s sekaligus membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Semuanya mungkin kerana berkat kesabaran Puan Nadhirah yang tidak pernah sesekali menyalahkan takdir walau diuji berkali-kali sebelum ini.

Dalam tempoh tiga tahun, dari seorang ajen ke jutawan hingga mampu beli rumah impian!

Kini setelah tiga tahun, wanita cekal ini mampu menarik nafas lega dengan melihat pencapaian ‘luar biasa’ hasil berani mengambil risiko mengubah hidup untuk berjaya dan sentiasa ‘upgrade’ diri untuk tidak berada di takuk yang sama.  

“Selepas dapatkan stok daripada HQ, coklat pula mendapat sambutan hangat, saya bayar balik duit yang diberi suami sebelum itu sebanyak RM400 untuk membayar ansuran kereta.

‘’Apa lebih menggembirakan selepas beberapa bulan menyertai Chocodap’s, saya berjaya melangsaikan bayaran kereta dengan bank,” kata Puan Nadhirah.

Lebih membanggakan, hasil dari jualan konsisten dan usaha kerasnya, Puan Nadhirah berjaya membeli kediaman impiannya dan membina sebuah butik coklat yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. 

Malah bukan itu sahaja, hasil perniagaan Chocodap’s sebagai seorang ajen, Puan Nadhirah berjaya memiliki motorsikal yang dibeli secara cash serta mempunyai simpanan wang yang selesa untuk masa depan kedua-dua anaknya.

Tak cukup dengan itu, berkat usaha gigihnya juga dia telah menerima ganjaran berupa barang kemas yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak tahun 2018, semuanya hasil menyertai Chocodap’s.

Paling bermakna apabila billboard miliknya gah terpampang menghiasi lebuh raya utama sebaris dengan founder atau jenama terkemuka lain. Pencapaian yang boleh dibanggakan kerana bukan mudah seorang wanita yang hanya bergelar ajen mampu melakar kejayaan luar biasa seperti ini!

Ternyata, semua yang dimiliki oleh Puan Nadhirah tidak pernah diimpikan dalam hidup sebelum menyertai empayar produk coklat terkenal Chocodap’s!

Ternyata, nawaitu yang betul pada awalnya untuk membantu suami dan keluarga untuk mengubah hidup melalui perniagaan membawa kepada hasil yang lumayan dan menjadi inpsirasi kejayaan ramai pada hari ini.

Kesabaran, usaha keras dan semangat yang tidak mudah berputus asa kini melayakkan Puan Nadhirah bergelar jutawan dengan pendapatan enam angka saban tahun dan telah membantu ramai suri rumah untuk keluar dari kemiskinan hidup dengan cara menjadi dropship atau ejen di bawahnya bermula dari modal yang rendah. 

“Kalau saya mampu lakukan untuk sampai ke tahap ini, saya percaya anda di luar sana juga boleh lakukan hal sama. Apa yang penting adalah sabar dan tidak cepat putus asa. Kejayaan pasti akan datang kepada mereka yang bersabar. Itu janji Allah,” ujar Puan Nadhirah.

Mungkin ini hanya secebis kisah, tetapi perjalanan yang dilalui oleh seorang wanita cekal bernama Puan Nadhirah yang bermula daripada bawah, bukan sekadar menjadi insiprasi tetapi adalah ‘’role model’’ yang boleh dicontohi. 

Jangan tunggu dan lihat lagi, ini lah masanya untuk bertindak sekarang kerana tidak mustahil siapa pun ada, anda mampu bergelar jutawan coklat seterusnya dengan berbekalkan tekad dan semangat yang tinggi untuk mengubah hidup.

Layari chocodaps.com dan ikuti Chocodap’s di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut. Siapa tahu, Puan Nadhirah dan Chocodap’s menjadi platform untuk anda bangkit dan berjaya!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.