Siakap Keli
Gambar: Abdul Muiez Ruslee & Shopee

Ini 3 Jenis Mesin ‘Dryer’ Baju Anda Kena Tahu Sebelum Beli, Ada Yang Boleh Jimat Elektrik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau cerita bab baju ni, memang tak pernah habis. Dah pakai kena basuh, jemur, sidai, angkat, lipat, lepastu nak kena gosok pulak. Berputar-putar jelah kitaran yang sama.

Tapi dalam banyak-banyak tu, nak jemur baju yang rasa paling malas sekali. Mana taknya, bukan setakat jemur baju, dengan kita-kita sekali berjemur bawah matahari. Belum lagi kalau tiba-tiba hujan, dah berlari pulak nak kena angkat baju yang tak sempat kering tu.

Tak dinafikan, banyak dobi layan diri ada sediakan perkhidmatan pengering pakaian atau dryer. Jadi ramai yang rasa rugi kalau beli dryer untuk rumah sendiri, sedangkan kat dobi pun ada.

Tapi sebenarnya memiliki dryer sendiri lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Melalui sebuah hantaran di Facebook Abdul Muiez Ruslee, lelaki ini kongsi tiga jenis dryer yang boleh didapati di pasaran dan jenis mana lebih menjimatkan.

Ikuti perkongsian Abdul Muiez Ruslee di bawah ini.

1. Vented

Gambar via Shopee

Harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.

2. Condenser

Gambar via Shopee

Harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni.

Cuma setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.

3. Heatpump

Gambar via Shopee

Konsepnya masih sama dengan condenser, tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah, terutamanya penggunaan elektrik.

Lepas saya check, sekali penggunaan 800 Watts. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan).

“Picit-picit, tunggu siap kering”

Tanya group sana, tanya group sini, akhirnya saya memilih untuk beli yang jenis condenser. Cari punya cari, saya jumpa di Lazada harga pun okaylah bagi saya. RM 1200 saja. Masih dalam bajet.

Lepas tanya itu ini dekat seller, Alhamdulillah, hampir pasti saya beli yang ini.

Tiba-tiba saya dapat notifikasi daripada grup yang pernah saya tanya. Jawapannya membuatkan saya fikir lebih panjang.

“Kalau abang beli heat pump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condenser dengan heatpump dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”

Sekali lagi saya fikir dengan lebih dalam. Betul juga.

Saya godek-godek kedai yang saya nak beli tu, jumpa dryer jenis heatpump jenama Samsung, model DV80TA220AE.

Gambar: Abdul Muiez Ruslee

Lepas tolak itu ini, terus saya tukar niat. Ambil jenis heatpump terus tanpa banyak bunyi.

Lepas beberapa ketika saya cuba dryer ni, ternyata apa yang dikatakan itu adalah benar. Senang banyak rupanya guna dryer ni.

Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap kering.

Lamanya 3 jam? Come on. Penggunaan elektrik murah kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tv ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.

Tak kedut ke?

Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti-wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.

Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.

Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila.

Berbaloi tak beli yang heatpump? Sangat berbaloi.

Alah membeli, menang memakai.

Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana.

Jimat tak? Setakat ni, okay kot.

Sebelum beli, cuba kalian buat kira-kira dulu. Antara basi baju di dobi layan diri dengan kalau beli mesin ni.

Kepada isteri-isteri yang TIDAK TERJEJAS, sebelum suami buat duit tu beli PS5, iPad Pro, Samsung S21 Ultra dan seangkatan dengannya, mintalah ketepikan duit tu sikit untuk beli benda ni. Serius, saya berani kerat kuku, memang puas hati.

Suami-suami, kalau isteri suruh beli, belilah. Kompom tak menyesal. Kalau isteri suruh basuh baju, saya jamin, kalian akan buat tanpa banyak bicara. Senyuuuuuuum je. Silap-silap, isteri tak suruh basuh baju pun, kalian sendiri yang nak basuh. Ha gittew.

Lagipun, bukan untuk orang lain. Untuk kesenangan bersama juga, kan?

Sumber: Abdul Muiez Ruslee

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.