Berikutan jumlah vaksinasi penduduk di Lembah Klang berjaya ditingkatkan, beberapa Pusat Pemberian Vaksin di lokasi ini akan ditutup secara berperingkat, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebentar tadi.
Tulis JKJAV, kejayaan vaksinasi dengan hampir keseluruhan penduduk Lembah Klang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah hasil Ops Lonjakan Kapasiti yang dilaksanakan.
Sementara itu menurut statistik perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sebanyak tiga buah negeri dan wilayah telah mencatatkan 100 peratus kadar pendaftaran vaksinasi iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor.
Bagi senarai PPV yang dijangka ditutup secara berperingkat di Lembah Klang, anda boleh rujuk gambar berikut,