Siakap Keli
Kredit: Mirror

Lelaki Gigih Panjat Kamera Perangkap Kelajuan, Suluh Kereta Dengan ‘Handphone’ Untuk ‘Prank’

Seorang pelancong didapati telah memanjat tiang kamera perangkap kelajuan lalu menyuluh kereta yang sedang bergerak menggunakan lampu telefon bimbitnya. Perbuatan yang tidak senonoh itu berlaku pada awal pagi hari Khamis di Taman Percutian Lyons Winkups di North Wales

Sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook menunjukkan dia sedang duduk di dalam ‘rumah’ kamera perangkap kelajuan sambil menyuluh kenderaan yang lalu di jalan raya menggunakan telefon bimbitnya. Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan melebihi 17000 kali.

Lelaki berusia 38 tahun itu yang sedang menunggu pesanan pizzanya siap untuk dibawa pulang telah ternampak tiang kamera tersebut. Sementara menunggu, dia memikirkan sesuatu cara yang lucu untuk membunuh dalam beberapa detik. Dia berkata, “Kami sedang menunggu pizza di luar lalu saya melihat terdapat sebuah ‘rumah’ kamera perangkap kelajuan. Pada ketika itu, saya terfikir untuk panjat tiang tersebut lalu menyuluh kereta-kereta yang bergerak untuk melihat adakah mereka akan memperlahankan kelajuan.”

Kereta-kereta yang lalu dilihat telah memperlahankan kelajuan apabila disuluh.

Pasangan dari Wirral itu dikatakan sedang bercuti di Taman Caravan bersama dua anak mereka dan ibu kepada lelaki itu Menurut laporan, lelaki itu bukan sahaja menyuluh orang-orang yang berada di dalam kereta, bahkan semua orang yang sedang lalu di kawasan tersebut. Dia berkata, “Saya menyuluh seseorang yang sedang menaiki skuter mobiliti lalu memintanya untuk memperlahankan kenderaan.”

Pasangan tersebut turut menceritakan bahawa mereka telah menerima banyak mesej dan permintaan rakan sejak video mereka menjadi viral. Tambah beliau, “Kami hanya tertawa. Setiap kereta yang disuluh akan memperlahankan kelajuan dan ia membuatkan kami terhibur.  Saya rasa orang bertindak sedemikian kerana tidak ada yang suka dengan kamera perangkap kelajuan.

Sumber: Mirror

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.