Momen-momen ketika bercuti bersama keluarga sudah pasti tak dapat kita lupakan. Macam-macam kejadian selalunya jadi masa percutian keluarga ni, ada yang kelakar, mengharukan, malah ada juga yang bikin emosi.
Bila berkumpul bersama keluarga dari pelbagai peringkat umur, ada je la ‘drama’ atau kejadian yang berlaku sepanjang percutian tu.
Sama jugak dengan pengalaman lelaki ni ketika bercuti bersama keluarga, malah ‘kenangan’ tersebut mungkin akan tersemat di memori sampai bila-bila.
Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai Azan ini, dia ketika itu bersama keluarganya mengadakan Hari Keluarga di sebuah tempat peranginan di Melaka.
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang pengacara majlis sedang bercakap sambil berjalan menyusuri kolam renang untuk sesi penyampaian hadiah. Bila dia berhenti di hujung kolam berlatarkan bahagian rumah, tertangkap kamera sebuah sosok yang berlegar-legar di pintu.
Sosok putih itu kelihatan seperti ulang-alik di sebalik pintu grill rumah. Walaupun nampak macam bayangan putih dengan wujud yang tak utuh, tapi jelas kelihatan ‘benda’ tu berlegar-legar depan pintu.
@azann9 Percutian yang Mantap.. #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia🇲🇾 #tiktokviral #freshlahbodyperfume
“Nampak bayang putih mundar-mandir”
Di ruangan komen, warga net turut melihat penampakan bayangan putih tersebut. Malah ada yang pernah menginap di situ dan juga mengalami kejadian mistik.
Warga net turut berterima kasih kepada abang ni sebab rakam video penampakan dengan jelas, sampai tanya abang ni rakam pakai phone apa.
Sumber: TikTok @azann9