Masalah sakit belakang boleh berlaku pada siapa sahaja tak kira jantina dan usia. Tambah-tambah kalau seseorang perlu bekerja mengangkat barangan berat mahupun duduk atau berdiri terlalu lama.
Lama kelamaan, badan akan terasa sakit dan lenguh pada bahagian belakang, termasuk pada bawah badan. Macam nak patah tulang dibuatnya.
Justeru, seorang kiropraktor telah berkongsi langkah untuk meredakan sakit belakang yang boleh anda buat sendiri di rumah.
Caranya, anda hanya perlu baring dan lakukan sit up separa.
Kemudian, angkat satu kaki dan silang ke atas kaki sebelah lagi selama kira-kira 30 saat.
Ulang pada kaki sebelah. Lebih baik dengan cara melakukan perkara tersebut sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
Untuk lebih jelas, tontn video tutorial oleh @dr.cracks di bawah.
@dr.cracks Low Back Pain? Try This! ( SHARE IF THIS IS HELPFUL )#painrelief #backpain #advice #helpful #chiropractic #foryou #chiropractor
Sumber: @dr.cracks