Siakap Keli
Dahulunya dikenali sebagai Tesco Malaysia

Pasar Raya Lotus Di Mergong Ditutup Mulai Hari Ini Selepas Beberapa Staf Positif Covid-19

Sebuah pasar raya besar iaitu Lotus’s Mergong di Alor Setar diarahkan tutup mulai hari ini pada pukul 2 petang, 24 Ogos 2021 akibat penularan wabak Covid-19 di pusat membeli-belah tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, sebilangan pekerja mereka telah diuji positif Covid-19.

Sehubungan dengan itu, pihak Lotus’s Mergong memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang berlaku dan mengalu-alukan kedatangan pelanggan sejurus psar raya ini dibuka.

Pihak pasar raya ini juga meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk memastikan langkah yang perlu diambil dan akan menjalani proses pembasmian kuman serta pembersihan dalaman untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan dan pekerja terjamin.

 

Sumber: Lotus Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.