Terdapat banyak jenis makanan yang dijual di jalanan, antara yang paling laku adalah sate, lokcing, pisang goreng, kuih karipap, putu mayam dan lain-lain. Semuanya sedap-sedap belaka, tak hairanlah memang jualannya laris setiap hari.
Bercakap pasal putu mayam, sebenarnya bahan-bahan nak membuatnya sangat mudah dan ringkas saja. Jom ikuti perkongsian resipi putu mayam oleh Intan Cahaya Rieqal dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ini di bawah ini. Selamat mencuba.
Resipi putu mayam
Malam ni homemade putu mayam. Saya pakai bihun je kebetulan stok bihun banyak. Nak cuba kelainan selain goreng je bihun tu. Sedap jugak putu mayam walaupun guna bihun je.
Ada yang pernah buat macam ni tak? Lepaslah untuk yang mengidam sejak PKP ni jarang jumpa orang jual putu mayam.
Ada sahabat mintak share cara buat putu mayam ni. Info dari sahabat lain guna bihun khas jenama Faiza lagi sedap. Terima kasih, kita sama-sama share ilmu.
Cara membuatnya:-
1) 1/2 paket bihun direndam dan celur sekejap dengan air panas, kemudian toskan.
2) Susun bihun tadi di kukusan tapi alas dulu guna apa-apa kain bersih.
3) Kemudian kukus selama 20 minit. Bila dah lembut bihun tu, angkat putu mayam tu guna sudip besar supaya tak berderai.
4) Biarkan bihun putu mayam tu sejuk dulu baru menjadi. Kalau makan panas-panas nanti jadi berderai macam makan bihun je.
5) Kukus kelapa parut yang dah digaulkan dengan sedikit garam. Makan bersama gula perang.



Sumber: Intan Cahaya Rieqal melalui Masak Apa Hari Ini