Siakap Keli
Gambar: Kosmo!

RM1 Untuk 1kg Minyak Masak, 2 Pemuda Ini Kumpul dan Jual Minyak Masak Terpakai Lepas Hilang Kerja

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu, tak sedikit golongan yang kehilangan sumber pendapatan.

Begitu juga dengan dua anak muda berusia 26 tahun ini. Fahmi Yusoff dan rakannya, Zubir Ismail berinisiatif mengumpul minyak masak terpakai secara sambilan, di samping berniaga online.

Memetik laporan Kosmo, Fahmi sebelum ini pernah bekerja di syarikat kitar semula yang menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah.

“Bila tiada pekerjaan, saya terfikir kenapa tidak buat kerja mengumpul minyak masak terpakai,” Fahmi berkata kepada Kosmo.

Minyak masak terpakai yang dikumpul dari rumah ke rumah ini kemudiannya mereka hantar kepada syarikat tertentu untuk diproses menjadi biodiesel.

Ujar Fahmi, permintaan terhadap minyak masak terpakai ini bagi tujuan kitar semula sangat tinggi, cuma masyarakat kurang kesedaran akan hal itu.

“Kebanyakan isi rumah tak tahu kaedah buang lebihan minyak masak terpakai dan buang begitu saja,” tambah Fahmi, memetik laporan Kosmo.

Dia dan rakannya menggunakan platform Facebook untuk dihubungi penjual minyak masak terpakai dan kemudiannya menetapkan masa untuk transaksi jual beli.

Mereka mampu mengumpul kira-kira 70 kilogram minyak masak terpakai setiap hari yang dibeli dengan harga RM1 per kilogram.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pengurusan minyak masak terpakai, mereka turut merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan persatuan penduduk atau komuniti di situ.

Sumber: Kosmo

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.