Siakap Keli

Suami Isteri Kena Tahu, Jenis-Jenis Talak Yang Akan Membezakan Kesan Lepas Penceraian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penceraian bukanlah satu jalan yang dimahukan dalam sesebuah pasangan suami isteri yang mengalami masalah. Seeloknya, biarlah penceraian itu menjadi jalan terakhir jika itu yang terbaik. Suami dan isteri perlu tahu jeni-jenis talak yang membezakan kesan selepas penceraian.

Perkongsian daripada salah seorang peguam syarie menerusi laman Twitternya, Wafda Kamilen berkongsi jenis talak yang membezakan kesan selepas penceraian. Mungkin ramai yang keliru dengan jenis talak dan kesan selepas penceraian berlaku.

Jadi,  mari kita teliti satu persatu tentang hal ini supaya boleh dijadikan rujukan dan teladan kepada semua orang.

“Terbuka hati suami nak lafazkan cerai dan berpisah cara baik. Dari penceraian fasakh ditukar kepada penceraian dengan talak.”

Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Ambil iktibar dan perbaikilah kesilapan masing-masing. Hati ni Allah yang pegang, andai masih berjodoh bolehlah rujuk kembali.

Jenis talak akan membezakan kesan selepas penceraian;

1. Cerai dengan talak 1 & 2 dalam tempoh iddah boleh rujuk
2. Cerai fasakh, tak boleh rujuk melainkan dengan akad yang baru;

Talak ni ada 2 jenis – Talak Raj’ie dan Talak Bain.

Talak Bain pula ada 2 iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra.

1.Talak Raj’ie iaitu talak/cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kpd isterinya tanpa akad nikah yg baru, iaitu talak 1 / talak 2 yg belum habis idahnya.

2. Talak Bain Sughra ialah talak 1 / 2 yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu.

Antara situasi yang dianggap talak bain ialah talak khuluk (tebus talak), talak isteri yang belum disetubuhi atau talak yang difasakhkan.

Ini adalah Talak Bain Sughra.

3. Talak Bain Kubra : iaitu talak yg dijatuhkan suami ke atas isterinya yg tidak boleh lagi dirujuk kembali kecuali selepas bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain termasuk bersetubuh dan kemudian bercerai.

Suami tidak boleh rujuk kembali walau dengan apa cara sekalipun samada semasa iddah atau selepas iddah melainkan selepas melalui lima peringkat;

i. Iddah dgn suami yg m’ceraikannya telah selesai
ii. Selepas selesai iddah, bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah
iii. Bekas isteri disetubuhi oleh suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar
iv. Suami barunya menceraikannya
v. Iddahnya dengan suami baru telah selesai

Selepas itu jika bekas suami ingin memperisterikannya semula, dia boleh berbuat demikian berdasarkan persetujuan bekas isterinya dan dengan mas kahwin dan akad yang baru. Sila rujuk Al-Baqarah; ayat 230.

Begitulah sediki penerangan ringkas untuk dikongsi bersama-sama. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Wafda Kamilen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang