Setiap orang mempunyai alasan yang tersendiri untuk menurunkan berat badan. Namun, diharapkan agar alasan itu seiring dengan matlamat untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Manakan tidak, pelbagai komplikasi akan berlaku jika sering mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan tidak melakukan sebarang senaman. Berat badan yang berlebihan kebiasaannya dikaitkan dengan risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes dan kolesterol.
Bagi korang yang sedang merancang untuk menurunkan berat badan, mungkin korang boleh mendapat inspirasi dari pengguna TikTok, Farhain Sazali ini yang berjaya menurunkan berat badan dari 73kg ke 55kg.
Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, dia menunjukkan transformasi yang dialaminya sejak tahun 2013 hingga kini. Sememangnya tampil lebih bergaya, Farhain yang dihubungi SK mengatakan bahawa dia sangat menjaga pemakanannya.
Menurutnya, dia mulakan ‘perjalanan’ menurunkan berat badan sejak tahun 2015.
Tips turunkan berat badan yang dilakukan olehnya adalah dengan tetap memakan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan akan makan malam sebelum jam 7 atau 8.
“Makan tengah hari saya makan nasi macam biasa tetapi sukatan nasi tu anggaran satu genggam je, then, saya dinner sebelum pukul 7 atau 8,” katanya.
Ujarnya lagi, dia juga akan membakar kalori setiap malam selepas Isyak dengan membuat jumping rope. Tidak cuma itu, dia juga akan joging pada hujung minggu.
@aynsazali My weight loss journey 😁
♬ Jika Bisa Begini Bisa Begitu – COWCOW MUSIC STUDIO – COWCOW MUSIC STUDIO
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan perubahannya dan memuji kesungguhannya dalam menurunkan berat badan.
Sumber: Farhain Sazali