Baru-baru ini, beredar sebuah video yang mencuit hati apabila seekor gajah yang sedang marah telah menyerang sebuah patung replika gajah kerana menganggap patung tersebut sebagai pesaing cintanya. Patung itu sebenarnya tidak bernyawa dan merupakan patung penyambut tetamu di sebuah taman.
Semasa kejadian, gajah tersebut sedang mencari makanan lalu terlihat sebuah patung. Dia menatapnya dalam beberapa saat sebelum menyerang patung tersebut. Menurut seorang penjaga di Taman Nasional Khao Yai, Thailand, gajah itu kemungkinan keliru dengan mengira patung tersebut sebagai saingannya lalu bertindak seperti gajah liar yang sedang memperjuangkan hak pembiakan.
Setelah “pertempuran” yang singkat itu selesai, gajah tersebut berjalan kembali ke hutan. Penjaga taman pun terus mengambil potongan patung gajah yang sudah ‘dilanyak’. Pegawai Taman Negara Ple Srichai berkata, “Saya berasa lucu ketika gajah liar itu menyerang patung tersebut. Gajah jantan sering bertengkar untuk memperjuangkan “kekasihnya”, jadi mungkin dia mengira bahawa dia perlu menunjukkan penguasaannya.”

Terdapat juga penonton yang terkejut lalu menjerit ketika gajah tersebut menjatuhkan patung itu. Sementara itu, tidak ada yang dilaporkan terluka dalam kejadian tersebut dan para petugas memutuskan bahawa mereka perlu memindahkan patung lembu itu ke bahagian lain untuk mencegah berlakunya serangan yang serupa.
Untuk makluman, Gajah Asia jantan berkeliaran secara individu dan hanya bergabung untuk mengawan. Sebaliknya, Gajah Afrika tetap bergerak secara kawanan sepanjang hidup mereka. Dianggarkan terdapat kira-kira 2000 ekor gajah liar yang tinggal di Thailand bersamaan dengan jumlah gajah yang menjadi tawanan, gajah yang tinggal di tempat perlindungan haiwan, zoo atau gajah yang disewa untuk majlis perkahwinan dan festival.
Elephant attacks sculpture after thinking it’s a love rival pic.twitter.com/NtuGwUCkb2
— The Sun (@TheSun) August 24, 2021
Sumber: Mirror