Siakap Keli
Gambar: Ahmad Shukri

Chef Ni Kongsi Resipi & Petua Turun-Temurun Buat Cempedak Goreng Rangup & Tak Berminyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekarang kan tengah musim buah cempedak, sana-sini kita akan nampak orang jual cempedak di tepi jalan. Ranum-ranum semuanya. Alang-alang dah musim ni, satu-satunya menu cukup terkenal yang biasa orang kita buat adalah cempedak goreng, kan?

Menggoreng cempedak dengan tepung ni mungkin nampak senang, macam kita buat pisang goreng. Tapi tahukah anda, sebenarnya nak goreng cempedak bagi ‘cantik’ dan rangup dimakan ni ada cara tersendirinya.

Oleh itu, jom kita ikuti resipi, tips dan petua turun-temurun membuat cempedak goreng oleh Chef Ahmad Shukri dalam Group Facebook Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) seperti di bawah ini. Selamat mencuba!

Resipi & petua buat cempedak goreng

Gambar: Ahmad Shukri

Banyak resipi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resipi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

Resipi turun-temurun daripada keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya serta juga beberapa petua.

Resipi cempedak goreng:

  1. Isi buah cempedak (lebih sedap cempedak madu)
  2. Tepung beras 1 paket untuk sebiji cempedak
  3. Marjerin atau minyak 3 sudu
  4. Air kapur makan 2 sudu
  5. Garam secukup rasa
  6. 2 cawan air suam
  7. Kunyit 1 sudu kecil

Cara-caranya:

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Gambar: Ahmad Shukri

Petua:

1) Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini akan menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.

2) Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.

3) Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.

4) Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.

5) Cari buah cempedak yang berat. Itu tandanya isi banyak.

Selamat mencuba.

Chef Shukri
Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor

Gambar: Ahmad Shukri

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin melalui Suami Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.