Siakap Keli
Gambar: TikTok @znrh__

Hanya Perlu Bayar RM1 Je, Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Dapatkan Rawatan Kulit Berjerawat Kat Klinik Kerajaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mengalami masalah kulit muka seperti jerawat sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri individu. Tambahan pula bila nak bertatapan muka dengan orang lain, mesti la rasa kurang selesa.

Untuk merawat jerawat dengan efektif, adalah lebih baik sekiranya kita mendapatkan nasihat doktor atau pakar. Dengan ini, kita boleh mengetahui punca masalah jerawat yang sememangnya berbeza bagi setiap orang.

Tak dinafikan, untuk sesi konsultasi dengan pakar di klinik swasta agak mahal.

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya korang boleh  dapatkan rawatan kulit termasuk masalah jerawat di klinik kerajaan. Tak perlu keluar duit banyak pun, hanya kena bayar RM1 je.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @znrh__, wanita yang dikenali sebagai Juju ini berkongsi berdasarkan pengalamannya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk masalah jerawat.

Kata Juju dalam video tersebut, bagi yang nak dapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan kulit, korang hanya perlu maklumkan kepada front desk yang korang ada masalah kulit. Kemudian ambik je nombor dan jumpa doktor macam biasa.

Menurut Juju, dia turut diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik kerajaan selepas sesi konsultasi. Doktor di klinik tersebut turut setkan temujanji seterusnya untuk rawatan susulan.

Untuk dapatkan rujukan dermatologi, menurut doktor yang merawat Juju, surat akan diberikan kalau jerawat masih tak beransur pulih enam bulan lepas ambil antibiotik.

@znrh__

if your friends send this video to you, trust me they really cares about you. dont give up ❤

♬ original sound – Juju 💋Tan skin makeup 🌻 – Juju 💋Tan skin makeup 🌻

“Doktor tak judge pun, baik je”

Di ruangan komen, warga net turut berkongsi pengalaman mereka mendapatkan rawatan kulit di klinik kerajaan. Tak kurang juga yang berterima kasih kepada Juju yang memberi informasi berguna ini.

Sumber: TikTok @znrh__

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.