KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2021 – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64, McDonald’s Malaysia menganjurkan Karnival Pandu-Lalu di seluruh negara sepanjang bulan Ogos ini. Dengan memanfaatkan posisinya sebagai peneraju pasaran dalam segmen Pandu-Lalu, syarikat tersebut ingin terus memberikan pengalaman yang terbaik dan membawa keseronokan kepada pelanggan pada bila-bila masa, dimana jua.
“Sebagai jenama Pandu-Lalu yang paling mudah didapati dan dipercayai di negara ini, kami sangat berbangga dan berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan rakyat Malaysia. Bersempena Bulan Kemerdekaan ini, kami ingin mengetengahkan Jiwa Mekdi, dalam meraikan sambutan istimewa ini dengan penuh kegembiraan di seluruh negara. Selain itu, kami juga ingin menyediakan pilihan yang selamat dan mudah untuk pelanggan tanpa perlu keluar daripada kenderaan mereka,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan McDonald’s di seluruh negara, perniagaan Pandu-Lalu telah menjadi komponen yang amat penting bagi meningkatkan kedudukan syarikat sebagai pemimpin pasaran. Hal ini penting terutamanya ketika pandemik ini kerana kemudahan Pandu-Lalu mampu menyediakan jarak yang selamat untuk pengguna membeli makanan dengan mudah, cepat dan selesa.
Setakat ini, 70% daripada restoran McDonald’s di seluruh negara merupakan restoran Pandu-Lalu, yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah jualan syarikat.
“Memandangkan pilihan ini terus mendapat permintaan daripada para pelanggan, terdapat pertumbuhan yang kukuh dari tahun ke tahun bagi segmen ini, sejak pembukaan restoran Pandu-Lalu kami yang pertama di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1988. Sebagai restoran khidmat segera nombor satu dengan jumlah restoran Pandu-Lalu terbesar di negara ini, McDonald’s Malaysia berharap dapat berinteraksi dan sama-sama meraikan sambutan Kemerdekaan pada bulan ini dengan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Azmir.
Kemeriahan karnival jelas terasa
Karnival Pandu-Lalu disambut di 202 buah restoran Pandu-Lalu di seluruh Malaysia. Dengan Hari Kemerdekaan yang semakin hampir, McDonald’s Malaysia mengajak para pelanggan untuk sama-sama menunjukkan semangat patriotik mereka sebagai rakyat Malaysia. Ini termasuklah dengan menyertai promosi Merdeka Car Plate dan Merdeka Chant yang akan diadakan pada 27 – 31 Ogos 2021. Nantikan lebih banyak maklumat terkini di media sosial dan laman web McDonald’s Malaysia.
Dengan setiap kunjungan ke restoran Pandu-Lalu McDonald’s, anda akan mendapat perkhidmatan yang cepat dan selesa tanpa perlu keluar daripada kenderaan. Kekal selamat dengan McDonald’s dan nikmati ganjaran dengan menyertai kemeriahan karnival ini sepanjang bulan Kemerdekaan pada Ogos ini. Kunjungi restoran Pandu-Lalu McDonald’s berdekatan anda hari ini dan sama-sama kita meraikannya.