Siakap Keli
Kredit: Times of India

Kesan Seawal 5 Minit, Rupanya Ini Kehebatan ‘Skipping’ Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Skipping merupakan salah satu aktiviti riadah yang terkenal sejak kecil lagi. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat membuat tubuh badan kita menjadi lebih sihat. Pelbagai manfaat yang diperoleh jika kita mengamalkan aktiviti skipping, misalnya dapat menguatkan tulang, melancarkan pernafasan, menguatkan sendi kaki dan banyak lagi. Kesan-kesan baik ini dapat dirasai seawal 5 minit.

Perkara ini dikongsikan oleh Public Health Malaysia yang turut menyenaraikan lebih banyak ‘kehebatan’ melakukan lompat tali atau lebih mesra dikenali ‘skipping’.

Semasa kanak kanak, memang ligat anda bermain dengan tali skipping, setelah lama di tinggalkan dan tidak lagi menjadi rutin, ia mungkin agak mencabar untuk anda kembali melompat.

Apa yang hebat mengenai aktiviti melompat tali ini, ia menggerakkan banyak otot SERENTAK dan menguatkan sendi sendi tulang.

Selain melatih kekuatan otot, aktiviti ini juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.

Tidak perlu bayar yuran gimnasium, tali skipping juga tidak mahal, tahan lama dan paling penting ia boleh dilakukan dimana mana. Memang rugi jika anda tidak melakukan aktiviti mudah ini terutama jika anda bercita cita untuk menurunkan berat badan.
Kredit: Public Health Malaysia

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.