Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Harimau Bintang ‘Struggle’ Nak Tangkap Landak, Akhirnya Mengalah Lepas ‘Ditembak’ Dengan Duri

Terbayang wajah harimau bintang dengan taringnya yang tajam, pasti buatkan kebanyakan kita meremang.

Namun bagi seekor landak, ia berjaya ‘menewaskan’ si harimau bintang yang lebih besar daripadanya sekaligus menyelamatkan diri dari menjadi santapan si pemangsa.

Menurut Daily Mail, harimau itu dilihat sedang mengekori seekor landak di Kruger National Park, di Aftika Selatan sebelum menyerang haiwan berkenaan.

Dalam pertarungan yang berlangsung selama satu jam setengah itu, harimau berkenaan dikatakan terpaksa berhenti beberapa kali bagi ‘mencabut’ duri tajam landak daripada tangannya dan menjilat luka.

Bagaimanapun, si landak tidak melarikan diri, sebaliknya menunggu untuk terus bertarung dengan pemangsa berkenaan, tulis portal itu.

Dipercayai mengaku kalah, harimau bintang berkenaan kemudiannya beredar daripada situ.

Tambah Daily Mail, harimau bintang merupakan haiwan yang mempunyai diet yang pelbagai, membolehkan ia terus hidup dalam persekitaran berbeza.

Antara haiwan yang menjadi makanan pemangsa ini ialah babun, arnab, burung, tikus serta ikan. Malah, terdapat kes di mana harimau bintang dilaporkan berjaya menangkap landak untuk dijadikan makanan.

Pun begitu, ia bergantung kepada skil harimau tersebut. Ia perlu menyerang pada bahagian bawah badan landak serta mengelakkan kawasan berduri, tulis portal tersebut

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.