Kisah mengharukan berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan terbangun di tengah malam akibat kelaparan. Menerusi sebuah video yang dikongsikan pada akaun Instagram @viralkak itu, kelihatan kanak-kanak tersebut sedang makan seorang diri di atas kerusi kerana tidak mahu membangunkan ibunya yang sedang sakit. Kanak-kanak itu tampak sangat berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang lain.
Menurut keterangan dalam video itu, si ibu terbangun di tengah malam lalu terkejut kerana mendapati anaknya tidak ada di sebelahnya. Si ibu lantas bangun untuk memeriksa dan mendapati anaknya itu sedang makan seorang diri. Kanak-kanak yang berbaju hijau itu nampak sangat berselera ketika memakan nasi. “Ya Allah, saya terbangun tengah malam. Saya mendapati anak saya tidak ada di sebelah dan saya tidak sengaja melihat dia sedang makan sendirian.”
Si ibu mengakui tersentuh dan bangga dengan sikap anaknya yang berdikari itu. “Mungkin dia lapar. Dia ambil nasi sendiri dan tidak mahu membangunkan saya kerana mungkin dia tahu saya sedang sakit. Maafkan mama nak, mama bangga kerana kamu pandai berdikari tetapi mama juga sedih,” ungkap si ibu dalam video tersebut.

Video yang dirakam sendiri oleh si ibu secara senyap-senyap itu telah mendapat perhatian ramai. Netizen turut meluahkan rasa terharu dengan sikap kanak-kanak tersebut yang tidak mahu membangunkan ibunya.
“Tengok video ni pun saya menangis. Serapuh itukah saya. Jangan lupa bersyukur gais.”
“Budak bijak.”
Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen yang berkongsi pengalaman yang sama.
“Pernah waktu itu saya tak sedap badan dan tidur dekat bilik. Anak sulung saya yang berusia 7 tahun ambilkan nasi dan bancuhkan teh panas. Dia pun hantar dekat bilik tidur saya dan kejutkan saya bangun supaya makan dan minum. Saya pun terus nangis.”
View this post on Instagram
Sumber: Taman Pendidikan