Siakap Keli
Gambar Hiasan via Gulf News

Awas, 10 Negeri Dijangka Dilanda Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di sembilan negeri di Malaysia sehingga 7 dan 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.05 petang tadi turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah negeri dan daerah yang dijangka terlibat:

  • Kedah (Kulim dan Bandar Baharu)
  • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
  • Kelantan (Jeli)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron)
  • Selangor (Hulu Langat)
  • Negeri Sembilan (Jelebu)
  • Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
  • Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)

Sementara itu, amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku sehingga 7 malam ini di daerah dan negeri berikut,

  • Kelantan (Bachok, Machang dan Pasir Puteh)
  • Terengganu (Besut)
  • Pahang (Pekan dan Rompin)
  • Johor (Mersing dan Kota Tinggi)

Sumber: MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.