Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Bloomberg/Cyberjaya Community

Baru Pindah Kondo, Dengar ‘Orang’ Ketuk “Hammer” & Tarik Kerusi, Pengguna Facebook Ini Tegur “Nak Bertukang Hari Siang Laaa”

Lumrah berpindah ke rumah baharu, pasti akan ada perkara yang tak terjangka berlaku terutama apabila tinggal di apartment atau flat.

Paling selalu terjadi adalah apabila terdengar bunyi-bunyi yang sangat mengganggu seperti bunyi orang tarik perabot, main guli dan bertukang. Kalau bunyi pada waktu siang okay lagilah, yang tak best nya bila bunyi itu keluar pada waktu malam.

Sampai tak lena tidur memikirkan apalah yang rajin sangat jiran atas ini sampai nak bertukang lewat malam.

Sama seperti yang dilalui oleh pengguna Facebook ini yang nampaknya sudah tidak tahan mendengar bunyi itu sehingga meluahkan perasaannya dan menegur ‘individu’ yang membuat bunyi bising itu.

Menurutnya, dia baru saja berpindah di sebuah kondominium di Cyberjaya dan setiap malam terdengar bunyi orang tarik kerusi, ketuk tukul dan main guli dekat tingkat atas.

Bunyi itu dikatakan sangat menganggunya dan dia memohon agar ‘individu’ yang nak bertukang, lakukannya pada siang hari.

Luahan yang turut dikongsikan oleh page Cyberjaya Community itu mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, ada dalam kalangan mereka yang turut mengalami kejadian ‘seram‘ seperti itu.

Sumber: Cyberjaya Community

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.