Siakap Keli

Bayaran i-Citra Bagi Bulan September Akan Mula Dibayar Mulai 1 September Ini

Ramai yang menanti pembayaran i-Citra pada bulan Setember ini selepas membuat semakan status dan lulus permohonan bagi bulan pertama dan seterusnya.

Namun, ada yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan keduanya. Jadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa untuk pembayaran bulan September akan dibayar mulai 1 September ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Twitter KWSP, pegawainya  memohon untuk pengguna membuat semakan status pembayaran terkini melalui i-Akaun atau hubungi Hotline i-Citra 0003-89224848 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

 

Sumber: KWSP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.