Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Boleh Cuba Buat Cara Ni Untuk Bunuh Ulat Sampah, Meremang Geli Kalau Dibiarkan

Sisa-sisa makanan biasanya akan dibuang ke dalam tong sampah, namun jika dibiarkan terlalu lama akan mengundang kedatangan ulat sampah atau maggots dengan banyak. Tong sampah yang dikerumuni ulat-ulat sampah atau nama lainnya, belatung amat menggelikan, sekali gus akan memberi perspektif yang buruk kepada tuan rumah yang mungkin dianggap “pengotor”.

Namun begitu, lain pula perspektif yang diterima berkaitan ulat sampah yang beberapa tahun kebelakangan ini menjadi terkenal dengan manfaatnya dalam bidang perubatan. Menurut sumber, ulat sampah dikatakan mampu membersihkan luka dan membunuh bakteria.

Walau bagaimanapun, di luar bidang perubatan, ulat sampah tetap tidak digemari oleh kebanyakan manusia. Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang menjangkiti tanam-tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, juga memakan sisa buangan.

Kredit: Pets & Animals

Perkara ini pastinya menjengkelkan anda, bukan? Oleh itu, tanpa berlengah lagi, mari kita ikuti petua-petua di bawah tentang cara untuk menghapuskan ulat sampah bagi memastikan rumah dan kebun anda bebas daripada gangguannya.

  • Sembur racun serangga. Pasti menyakitkan hati jika belatung kerap merosakkan tanaman anda. Bagi mengelakkannya, anda boleh menyembur racun serangga untuk memastikan tanaman ada bebas daripada ulat sampah dan larva. Tetapi perlu diingatkan, sebelum menggunakan sebarang bahan kimia, baca label terlebih dahulu dengan teliti.
  • Tabur diatomaceous earth. Kaedah organik juga boleh digunakan untuk mengawal makhluk perosak dengan menabur serbuk batu tanah ini pada ulat sampah yang berada di kawasan pembuangan sampah anda.
  • Tuang air yang mendidih pada ulat ini. Air yang mendidih merupakan bahan yang paling mudah untuk membunuh ulat sampah. Cukup dengan hanya menuang air panas pada ulat tersebut dan mereka akan mati dengan serta-merta.

  • Letak kapur, garam atau cuka. Sekiranya ulat sampah berkumpul di tong sampah, anda boleh meletakkan kapur, garam atau cuka untuk membunuhnya. Caranya, bersihkan tong sampah anda dengan larutan air dan cuka bagi mengelakkan ulat-ulat tersebut kembali berkumpul. Anda juga boleh menabur garam di sekeliling tong sampah sebagai pelindung.
  • Tabur serbuk penaik (baking soda). Baking soda tidak dapat membunuh ulat sampah tetapi ia berfungsi untuk menghilangkan bau yang ditinggalkan oleh ulat-ulat tersebut setelah dimatikan.

Sumber: HowStuffWorks

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.