Biasanya kalau sewaktu mencuci dan siang ikan, kita akan buang belah perut, korek dan buang isi perut serta siripnya kan? Ada sesetengahnya pula akan buang ‘isi’ dalam kepalanya sekali, tinggal ‘kepala kosong’ je.
Tapi mungkin ramai belum tahu, kalau nak siang ikan kerisi, sebenarnya ada satu bahagian tersorok ni dikatakan mengandungi parasit seakan cacing. Kita kena korek dan buang dulu cacing ni, barulah ikan kerisi kita sudah ‘sempurna’ disiang.
Oleh itu, jom ikuti tips dan perkongsian oleh Solina Mahmud dalam Group Facebook Masakan Terengganu seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Kena tahu masa nak siang kerisi, buang cacing ni dulu
*nota: tulisan asal Solina ini ditulis dalam dialek Terengganu

Assalamualaikum, selamat tengohari warga MT blake. Wat benda blake tu?
KakMung nok share kejadian 2 hari lepas, masa nok bersih dan siyang ikan.
Baru ni ada KakMung kelih dan baca orang share cara-cara nak bersih dan siyang ikan kerisi.
Bagi yang dok tau lagi atau yang dok perasan selama ni, atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada parasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi hok KakMung boleh memang ada belake atas belakang ye tu cacing-cacing halus tu.
Jadi cara KakMung buang cacing-cacing tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi hok kita wat cukil gigi, cokeh buang cacing-cacing hok ada tu.
Boleh katakan atas sekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu, pastu baru beloh belakang dia.
Pic (gambar) cacing hok tu je dang KakMung ambik, naik geli gelemang pulok KakMung tengok ke cacing-cacing halus tu.
Ikan kerisi memang sedap weh, nok-nok kalau goreng belah belakang atau masok singgah pedah. Lepas cuci bersih bolehlah kita masak setmung..



Sumber: Solina Mahmud melalui Masakan Terengganu