Siakap Keli
Kredit: Bernama

Jangan Kongsi Sijil Vaksinasi Anda Di Media Sosial, Berisiko Buka Ruang Kepada ‘Pencuri Identiti’

Mungkin ramai yang tidak sedar, bahawa terdapat implikasi negatif sekiranya dengan senang hati berkongsikan sijil lengkap vaksinasi di media sosial. Ia seolah-olah menjadi trend terkini masyarakat memuat naik gambar sijil tersebut di media sosial dengan perasaan bangga kerana sudah mendapatkan vaksin yang lengkap.

Akan tetapi, tahukah anda, boleh dikatakan sijil vaksinasi sama pentingnya seperti kad pengenalan anda. Kedua-dua dokumen ini perlu disembunyikan identitinya daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi di media sosial yang merentasi sempadan dunia.

Seperti yang diingatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEDP), anda seharusnya lebih berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masin-masing.

Bukan setakat Sijil Digital Vaksinasi sahaja, tapi, maklumat di aplikasi MySejahtera pun perlulah disimpan tanpa ditayang kepada khalayak tanpa tujuan penting. Perkara ini supaya nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin anda tidak terdedah.

Perbuatan berkongsi dan mendedahkan Sijil Digital Vaksinasi hanya akan membuka ruang kepada “pencuri identiti” dan penggodam untuk mencuri maklumat anda demi kepentingan mereka sendiri.

Bahaya bukan? Justeru itu, semua pemegang sijil vaksinasi dan pengguna aplikasi MySejahtera perlu lebih beringat dan berhati-hati dengan setiap tindakan.

Kredit: Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

Sumber: Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.