Satu Emote eksklusif dilaporkan akan dilancarkan oleh permainan terkenal Mobile Legends: Bang Bang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.
Pihak Mobile Legends telah memilih karakter Badang untuk dijadikan emote ekslusif tersebut dengan menggunakan suara latar Streamer game nombor 1 di Malaysia iaitu Soloz.
Untuk rekod, Soloz adalah merupakan rakyat Malaysia yang pertama mempunyai suara latar di dalam permainan yang menjadi kegilaan golongan muda itu.
Dalam pada itu, emote badang itu akan tampil dengan bendera Jalur Gemilang yang megah dikibarkan.
Seperti yang ramai ketahui, Badang adalah karakter yang diinspirasikan daripada kisah lagenda daripada Malaysia dan telah dilancarkan pada Januari 2019.
Bagi para pemain Mobile Legends yang ingin mendapatkan Emote ini secara percuma, boleh log masuk ke permainan tersebut pada 26 Ogos sehingga 1 September ini untuk mendapatkannya.
Sumber: Mobile Legends: Bang Bang