Macam yang kita tahu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkhidmat memberi pencegahan dan pemadaman kebakaran. Di samping itu, bomba juga bertugas menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek keselamatan.
Hal ini merangkumi perlaksanaan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
Maka sebab itulah, kalau ada ancaman binatang-binatang merbahaya seperti ular, orang awam akan memanggil bomba untuk mengawal keadaan.
Malah pihak bomba akan menghantar khidmat khas ancaman ular sekiranya ada laporan warga tentang ancaman reptilia berbisa itu.
Tapi lain pula ceritanya kali ni.
Hantaran yang diunggah di laman Facebook Bomba Alor Setar ini cukup bikin geli hati. Difikirkan ular yang masuk ke rumah warga dan mengancam keselamatan, sekali ketam!

“Tolong! Tolong! Khidmat khas ancaman ular, sekali ketam daa yang mengancam.
“Jaga-jaga dik, disepit ketam tu nanti,” tulis hantaran tersebut.
“Sebelum jadi hidangan, sempat buat hal”
Di ruangan komen, warga net rata-rata turut terhibur dengan insiden ketam nipah buat onar ni. Tak kurang juga warga net memuji pasukan bomba yang sedia berkhidmat untuk masyarakat dalam apa-apa situasi.
Dah masak ketam tu jangan lupa jamu abang bomba sekali.
Sumber: Bomba Alor Setar