Siakap Keli
Kredit: Bangin' Tweets

(Video) Baru Nak Tunjuk Hebat ‘Skill’ Pusing Kayu, Gelagat Beruang ‘Terciduk’ Kayu Terpelanting Kena Kepala Sendiri

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan aksi lucu seekor beruang bermain kayu di sebuah zoo. Dalam video tersebut, kelihatan beruang itu sedang duduk dan memusing-musingkan sebatang kayu sama seperti seorang manusia yang mempelajari seni mempertahankan diri dengan menggunakan senjata.

Baru nak tunjuk hebat, sekali kayu yang dipusingkan itu terpelanting, terkena kepala sendiri. Dia pantas mengambil kayu tersebut lalu kembali menunjukkan aksi “kung fu”nya. Kayu tersebut sekali lagi jatuh dan beruang itu merangkak ke bawah untuk mengambilnya. Ia kemudian naik ke atas untuk menyambung semula permainan tanpa kelihatan lelah.

Aksi beruang itu telah mendapat perhatian ramai setelah video mengenainya dimuat naik pada akaun Twitter @Bangin’ Tweets, semalam. Video yang mendapat 25.7 ribu tontonan tersebut berjaya menimbulkan rasa kagum dalam diri penonton kerana biasanya, aksi sebegitu hanya boleh dilihat dalam lingkungan manusia, terutamanya mereka yang sedang mempelajari seni mempertahankan diri.

Tidak pasti bagaimanakah beruang itu berjaya melakukan aksi tersebut. Tetapi kemungkinan penjaga di kawasan zoo berkenaan yang telah melatihnya.

Sumber: Bangin’ Tweets

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.