Siakap Keli
Gambar: Khairul Anwar

(Video) Mula-mula Cium Dulu, Sekali Bos ‘Mat Saleh’ Ni Teruja Kali Pertama Rasa Durian

Umum telah mengetahui bahawa durian adalah raja segala buah-buahan.

Bau daripada buah durian ini teramatlah kuat sehinggakan ada orang yang baunya sahaja boleh membuatkan mereka berasa loya.

Buah durian ini sangat terkenal dan menjadi antara buah kegemaran orang di kebanyakan negara-negara Asia. Bagi sebelah barat pula, bau buah durian ini dianggap sebagai busuk dan tidak menyenangkan.

Disebabkan itulah ‘matsaleh’ tidak menggemari buah ini. Namun lain pula ceritanya dalam satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Khairul Anwar ini apabila, dia telah cuba mengubah tanggapan supervisor yang berasal daripada UK itu terhadap keenakan buah durian.

Menurut kapsyen pada video tersebut, dia sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk meyakinkan bosnya itu bahawa buah durian ini adalah raja segala buah, namun baru berpeluang untuk betul-betul meyakinkan bosnya itu untuk cuba merasainya sendiri.

Pada mulanya, bosnya itu tampak seakan gementar untuk merasainya. Dalam video tersebut, bosnya itu dilihat sudah bersiap sedia untuk merasai buah durian tersebut sambil memegang sebotol air di tangannya kalau-kalau tak dapat tahan rasa buah itu.

Dia kemudiannya mengambil seulas yang kecil dan membaunya terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam mulutnya.

Tanpa dijangka, bosnya itu dapat menerima rasa buah durian tersebut tanpa perlu bantuan air yang dipegangnya itu. Para pekerjanya juga turut dapat didengari berteriak ‘nice’ semasa dia sedang merasai buah durian tersebut sebagai tanda sokongan dan gembira kerana bos mereka yang ‘matsaleh’ itu boleh menerima rasa buah yang sering dianggap busuk itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 130 ribu kali.

Sumber: Khairul Anwar

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.