Siakap Keli
Kredit: Tribunnews.com

(Video) Tular Wanita Bekerja Sebagai Pemandu ‘Dump Truck’, Ini Kisahnya Sehingga Jadi Perhatian Jutaan Orang

Baru-baru ini, kisah seorang wanita bekerja sebagai pemandu lori perlombongan telah menjadi viral di Tiktok. Wanita tersebut dikenali sebagai Ema Mayuti Barisi, 28 tahun dan berasal dari Kabupaten Paser, Kalimantan Timur. Ema telah berkongsi sebuah video mengenai kisah hidupnya sebagai pemandu lori perlombongan menerusi akaun Tiktok miliknya sendiri, iaitu @maybarisis.

Kerjaya wanita ini menjadi perhatian ramai apabila video yang mendapat jumlah tontonan melebihi 3 juta itu memperlihatkan kecekapan Ema memandu lori perlombongan. Menurut portal, Ema bekerja sebagai pengendali pengangkutan lori perlombongan Caterpillar 777D di sebuah syarikat PT Petrosea.

Kredit: Tiktok Emma May

Pekerjaan ini menjadi pilihannya kerana baginya, ia penuh dengan cabaran. Tambahan pula, Ema tidak mahu membebankan ibu bapanya. “Saya kerja dekat syarikat ni atas kemahuan sendiri sebab kerja ni sangat strong, tidak semua orang mahu dan boleh melakukannya. Saya pula suka hal-hal yang mencabar,” ceritanya kepada Tribunnews.com.

Sementara itu, kedua orang tua Ema sempat meluahkan rasa khuatir akan keselamatan anaknya itu. “Risau sebab dia kerja dua shift. Shift malam yang buat lagi susah hati kerana kemalangan lebih sering terjadi pada waktu malam.”

Kekhuatiran orang tua Ema tidak lama kerana dia berjaya meyakinkan mereka bahawa dia akan selalu berhati-hati dan menjaga keselamatan diri. “Ibu bapa selalu bagi nasihat supaya rehat secukupnya, makan dengan teratur dan bersenam supaya ketika berkerja nanti badan fit. Alhamdulillah, belum pernah mengalami kemalangan dan jangan sampai berlakulah. Sebab tu, waktu istirahat perlu dijaga dengan betul,” ujar Ema.

@maybarisi

orang2 pd tidur😪😪 aku kerja #matapanda #caricuan #fypシ

♬ originalsound agusstiawannew – N

Raih Pujian Netizen

Ema sama sekali tidak menyangka video Tiktoknya itu akan menjadi viral. Menurutnya, “Saya sangat gembira sebab jutaan mata boleh melihat bahawa wanita juga mampu bekerja seperti lelaki.”

Tidak hanya itu, Ema juga menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi ketangkasannya bekerja sebagai pemandu lori sampah.

“Woi, susah tau nak mengendalikan trak tu tapi dia boleh.”

“Hebat, nampaknya dia Ibu Kartini yang kuat di masa kini.”

@maybarisi

aq sadar skin care mahal #fyp

♬ original sound – ᴋ ᴀ ʀ ʟ ᴀ

Lapor portal, pujian-pujian itu sangat berharga bagi Ema kerana dia menganggap ianya sebagai semangat untuk dirinya sendiri. “Itu salah satu bentuk semangat untuk saya sebab mereka sangat menghargai pekerjaan saya,” kata Ema.

Dia juga berharap videonya itu dapat memotivasi para wanita di luar sana bahawa wanita juga boleh melakukan banyak perkara. “Saya berharap apa yang saya lakukan ini dapat semangatkan orang lain bahawa wanita itu kuat dan tidak lemah asalkan mahu berusaha dan jangan lupa berdoa,” ujarnya lagi.

Menurut Tribunnews.com, Ema mulai bekerja sebagai pemandu lori sampah ini sejak 2011, iaitu setelah tamat sekolah menengah. Dia telah menghantar permohonan kerja dan berjaya melepasi proses pemilihan yang panjang. Kemudian, Ema perlu menjalani latihan selama 3 bulan di bawah seliaan seorang pelatih. Apabila sudah layak, barulah dia dibenarkan untuk mengendalikan jentera berat itu tanpa pendamping.

Kredit: Tiktok Emma May

Sempat Berhenti Kerja Pada Tahun 2013

Pada tahun 2013, Ema mengaku sempat berhenti kerja. Kemudian pada tahun 2018, dia memutuskan untuk kembali bekerja sebagai pemandu lori di syarikat yang sama. “Berhenti sebab tak boleh bekerja satu tempat dengan suami, tapi sekarang sudah berpisah dengannya”, kata Ema.

Jika dihitung, kurang lebih 7 tahun Ema bekerja sebagai pemandu lori sampah. “Ini kali kedua saya kembali bekerja,” cerita Ema sebagai penutup cerita.

Sumber: Tribunnews.com

 

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.