Siakap Keli

Menteri Kesihatan KJ Bagi ‘Salam’ Kepada Pegawai Halang Lelaki Rakam Video Di PPV

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dilantik menjadi Menteri Kesihatan dalam Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.

BACA: Ini Senarai Penuh Jemaah Kabinet Baharu yang Diumumkan PM, Angkat Sumpah Pada Isnin

Bagaimanapun selepas pengumuman tersebut, Khairy melakukan ‘penampilan’ pertama selaku Menteri Kesihatan dengan memberi respon kepada satu insiden tular berkenaan seorang lelaki yang dihalang merakam video ketika menerima suntikan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan seorang pegawai tidak membenarkan rakaman itu dibuat dengan memberi alasan bahawa Khairy yang ketika itu bertugas sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah meletak jawatan.

Khairy yang mengulang kicau posting lelaki berkenaan di Twitter, memberikan ‘salam’ sekaligus meraih perhatian ramai warganet yang terhibur dan melabelkan ianya sebagai ‘epic comeback’ oleh KJ.

”ASSALAMUALAIKUM”

Ciapan Khairy di Twitter setakat ini telah menerima lebih 14,000 tanda ‘Like’ dan dibanjiri dengan ratusan komen oleh warganet.

Rata-rata pengguna Twitter turut merasai ‘debaran’ pegawai berkenaan apabila disapa oleh Menteri Kesihatan walaupun ucapan ‘salam’ KJ mungkin tidak membawa maksud tertentu.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.