Siakap Keli
Gambar: Bernama

Nantikan Siaran Langsung Pengumuman Barisan Jemaah Kabinet Bermula 10.30 Pagi Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya akan mengumumkan barisan jemaah Kabinet baharu kerajaan pada hari ini.

Pengumuman rasmi tersebut akan diumumkan secara langsung bermula pukul 10.30 pagi ini dan boleh ditonton menerusi saluran Facebook Live dan Youtube Bernama TV, Astro Awani, RTM (TV1) dan agensi berita lain.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Menerusi sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.

Sumber: Bernama TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.