Siakap Keli

Penghargaan Terhadap ‘Frontliners’ Malaysia, Video Merdeka Ini Buat Ramai Sedar Jasa Mereka

Sedar tak sedar, sebenarnya nak masuk 2 tahun dah semua rakyat Malaysia bertarung dengan pandemik COVID-19 yang sangat membahayakan ni. Banyak sangat jasa dan pertolongan oleh pelbagai pihak yang kita dapat nampak untuk membantu semua orang yang kesusahan untuk survive situasi sekarang. Terutama sekali bantuan frontliners.

Bila sebut pasal frontliners, dah semestinya golongan yang boleh kita fikirkan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, RELA dan sebagainya. Tapi, ada satu lagi pihak yang selalu ramai terlepas pandang tapi diorang ni lah jugak yang termasuk dalam golongan frontliners. Diorang ni ialah rider dan juga runner yang berhempas pulas dari pagi sampai malam untuk pastikan kita dapat barang, makanan atau keperluan yang kita nak dengan selamat.

Cabaran yang diorang hadapi datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang terpaksa menempuh hari yang amat panas dan juga hari yang hujannya sangat lebat. Nak tak nak, diorang tetap gagahkan juga untuk berikan servis yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Untuk menghargai jasa semua frontliners, sebuah video telah dibuat khas untuk diorang oleh Lalamove. Video ni bertajuk ‘Bersyukur Kerana Anda’ dan membawa mesej yang jitu untuk menghargai jasa semua frontliners yang menjadi pejuang kemerdekaan Malaysia untuk bebas daripada COVID-19.

Video yang dibuat ni jugak adalah bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Menerusi video ‘Bersyukur Kerana Anda’ ni, penonton dapat meletakkan diri diorang dan memahai situasi yang frontliners ni hadapi setiap hari. Bila diorang dah faham, baru lah diorang bersyukur atas jasa yang frontliners lakukan. Sanggup mendedahkan diri dengan risiko jangkitan COVID-19 demi mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan juga keluarga mereka selain daripada untuk membantu semua rakyat Malaysia mendapatkan barang keperluan mereka.

Frontliners ni sememangnya golongan terdekat yang menjadi pahlawan kemerdekaan Malaysia masa kini. Korang yang dah tengok video ni, tunggu apa lagi. Kongsikan video ni dengan semua orang untuk menggalakkan lagi semua rakyat Malaysia menghargai jasa frontliners kita. Ungkapan ‘Bersyukur Kerana Anda’ ni juga ditujukan khas untuk semua frontliners yang membantu rakyat Malaysia mencegah COVID-19 dengan baik.

 

Nor Fakhry