Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan detik-detik cemas seorang kanak-kanak yang nyaris dirempuh sebuah van yang sedang laju. Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang melintasi jalan menggunakan laluan pejalan kaki.
Kanak-kanak tersebut bernasib baik apabila pemandu van berkenaan berjaya memberhentikan kenderaannya selang hanya beberapa inci daripada kanak-kanak itu. Semasa kejadian, kanak-kanak yang berusia 3 tahun itu sedang lari bersendirian untuk menyeberangi jalan. Sebuah van yang turut melalui jalan yang sama terpaksa membuat brekkecemasan bagi mengelakkan kanak-kanak itu dilanggar.

Orang awam yang berada di tempat kejadian itu kelihatan terkejut dan tergamam. Walau bagaimanapun, ia masih bernasib baik kerana tidak ada yang dilaporkan tercedera.
Menurut laporan, pemandu van tersebut telah dikenakan tindakan yang wajar dari sisi undang-undang atas kesalahan tidak memperlahankan kenderaan ketika menghampiri laluan pejalan kaki. Dia didenda sebanyak 200 yuan, iaitu kira-kira hampir RM 130 nilai Malaysia dan tiga mata telah ditolak pada lesen memandunya.
Sumber: South China Morning Post