Siakap Keli
Gambar hiasan | Dr. Taufiq/Google

Anak Usia Bawah 3 Tahun Makan Jajan Boleh Beri Kesan Buruk Kepada IQ

Setiap ibu bapa pasti akan memberi makanan yang terbaik buat anak-anak mereka. Tapi tidak dinafikan, sesetengahnya dipercayai turut memberikan makanan ringan berupa jajan sebagai hidangan ‘sambilan’.

Gula-gula, keropok, minuman kotak atau tin yang manis, minuman bergas dan seumpamanya, kanak-kanak manalah yang tidak suka kan? Tapi tahukah anda, ada risiko besar sebenarnya jika anak-anak ini memakan makanan ringan tersebut.

Justeru, mari ikuti perkongsian oleh pengamal perubatan, Dr. Taufiz Razif mengenai bahaya memberi jajan kepada otak anak kecil seperti di bawah ini. Semoga menjadi panduan buat semua ibu bapa.

Bahaya jajan kepada anak kecil

Ramai betul mak ayah belum tahu tentang bahaya jajan pada otak anak kecil.

1) Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi.

2) Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ini terdedah kepada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

3) Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.

4) Walaupun mungkin lepas tu ibu bapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘penyakit orang dewasa’ dah mula menyerang kanak-kanak.

Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

p/s : Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita

#seminitparenting

Nampak simple kan isu jajan ni tapi boleh efek anak kita seumur hidup mereka.

Sebab tu saya nak jemput mak ayah semua untuk belajar ilmu mendidik anak secara percuma di Telegram Nota Parenting saya. Klik sini je t.me/NotaTaufiqRazif untuk masuk ke sana.

Tolong ajak mak ayah yang lain juga.

Sumber: Dr. Taufiq Razif

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.