Sejak COVID-19 melanda, pelajar-pelajar sekolah juga turut terkena ‘tempiasnya’ di mana mereka tidak boleh menjalani pembelajaran di sekolah seperti biasa.
Mungkin pada awalnya agak sukar namun para guru dan pelajar pastinya kini sudah membiasakan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Walaupun belajar di rumah, ada sesetengah ibu bapa yang menyediakan ruang dan alatan khas untuk memberikan keselesaan buat anak-anak ketika belajar.
Ia sememangnya satu usaha yang baik dan membolehkan anak-anak merasai suasana pembelajaran sama seperti di sekolah.
Kebiasaannya, ibu bapa gemar membeli meja lipat untuk anak-anak kerana ia mudah digunakan dan disimpan. Pun begitu, mungkin penyimpanan meja itu juga terkadang boleh merimaskan dan nampak tidak sedap mata memandang.
Ia turut dirasai oleh Puan Dinas Elni yang mengatakan bahawa penggunaan meja lipat itu sememangnya boleh menimbulkan rasa serabut.
Justeru, dia berkongsikan tips untuk ‘menyorokkan’ meja lipat itu dengan menjadikannya frame gambar. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk tengok lebih lanjut mengenai transformasi meja lipat itu.
Tips ‘Sorok’ Meja Lipat
Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.
Tapi lepas guna mmg rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga.
So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yang obvious. Terlalu obvious sampai org tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.

Tipsnya cari gambar cantik² yang saiz sama besar dgn permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok utk protection gambar supaya tak kena conteng, etc.


Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula. Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sbb kerap dibawa turun. Saya mmg tak suka frame gambar sebenarnya sbb faktor habuk ni.

Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.
Moga bermanfaat.
Sumber: Dinas Elni