Siakap Keli

TERKINI: Bonnie Hadiahkan Emas Pertama Negara Di Paralimpik Tokyo

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan kemampuannya apabila berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.

Bonnie memperagakan aksinya dalam acara akhir powerlifting bagi kategori bawah 72 kilogram (kg) yang bermula pada 11 pagi ini waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia) di Tokyo International Forum.

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu mencatatkan rekod baharu Sukan Paralimpik dengan bebanan angkatan seberat 228 kilogram (kg) pada percubaan ketiga, sekali gus memecahkan rekod temasya yang dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227 kg ketika di Rio de Janeiro.

Meninjau kemaskini terbaharu di dalam Olympics.com, keputusan rasmi mengesahkan negara meraih emas pertama di dalam acara akhir powerlifting bagi kategori bawah 72 kg.

Atlet dari Mesir, Mahmoud Attia pula merangkul Perak dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.

Bonnie merupakan antara antara lima atlet para negara yang diletakkan sebagai sandaran utama bagi memenangi emas di Tokyo.

Selain Bonnie, harapan emas diletakkan kepada dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dan pemain badmiton para, Cheah Leik Hou dan atlet memanah, S Suresh.

Sumber: Twitter @AtletMalaysia, olympics.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.