Siakap Keli

(Video) Viral Aksi ‘Comel’ Gajah Naik Lori & Makan Roti Krim Di Shell Karak, Bentong

Tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan situasi seekor gajah menaiki lori di sebuah stesen minyak Shell, baru-baru ini.

Video tersebut dipercayai dirakam dalam kawasan pam di Stesen Minyak Shell di Karak, Bentong sebelum dimuat naik menerusi akaun TikTok Shell Karak Bentong.

Dalam video tersebut, kelihatan seekor gajah diangkut menaiki lori sebuah pusat konservasi. Dipercayai lori tersebut singgah sebentar untuk mengisi minyak.

Apa yang menariknya, beberapa pekerja stesen minyak berkenaan mengambil peluang untuk beramah-mesra dengan mamalia gergasi tersebut.

Melihat gajah itu tidak agresif dan sebaliknya sangat jinak dan ‘sporting’, pekerja-pekerja itu turut memberikannya beberapa buku roti krim.

Gajah itu menyambut baik roti tersebut menggunakan belalainya sebelum disuap ke mulut sebagai ‘hidangan’ ringan.

@shellkarakbentong

terima kasih kakjah singgah dekat kami selalu 😘 #gajah #budakgemok #fypppppppppppppppppppppp #shel #binatangpeliharaan #binatang #pakcikshell #shell

♬ bunyi asal – muhamadzulfatah – muhamadzulfatah

Dalam video yang dikongsikan itu, kapsyen ringkas yang ditulis berbunyi, “Terima kasih Kakjah singgah dekat kami, nanti singgah lagi.”

Hakikatnya bukan seekor sahaja gajah yang singgah di situ, malah kelihatan beberapa lori pusat konservasi gajah lagi yang ada untuk mengisi minyak.

Video di atas ini telah ditonton lebih 900,000 kali setakat artikel ini ditulis. Malah selain itu, akaun TikTok berkenaan turut memuat naik dua lagi video sambungannya seperti di bawah.

@shellkarakbentong

#fypppppppppppppdongg😭

♬ original sound – 𝓓𝔃𝓲𝓪✨ – Nunaajiha ✨

Menariknya dalam video ini, selepas mengetahui bahawa kehadirannya ke stesen minyak itu disambut ramai, gajah tersebut kerap mengibaskan kedua-dua telinganya.

Menurut pendapat netizen di ruang komentar, gajah itu mungkin berasa gembira dan mengucap terima kasih atas ‘layanan’ baik yang diberikan pekerja-pekerja tersebut.

Di penghujung video, pekerja-pekerja stesen tersebut sempat mengambil gambar secara swafoto bersama gajah tersebut sebagai tanda kenangan.

@shellkarakbentong

selamat pagi abang jah singgah dekat kami ♥️nanti singgah lagi 🥳 #gajah #budakgemok #budakgemokmontel #fypシ #fypdongggggggg #fypシ゚viral #gajah

♬ bunyi asal – SHELL KEMBAR✅ – SHELL KEMBAR✅

Sumber: TikTok Shell Karak Bentong

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.