Perasan atau tidak, apabila seseorang itu telah diijab kabul sebagai pasangan suami isteri yang sah, ada satu lafaz yang perlu diucapkan iaitu lafaz taklik yang terdapat pada sijil nikah mereka.
Ya, ia menjadi satu perkara yang wajib dan menjadi kebiasaan dalam perkahwinan yang dilangsungkan di negara kita. Lafaz taklik berkenaanlah yang mengikat pihak suami dan isteri.
Sebenarnya, ada sebab kenapa lafaz taklik berkenaan dibuat kerana ia merupakan satu ‘perjanjian’ antara suami dan si isteri. Mudah kata, lafaz taklik adalah pengakuan gugurnya talak apabila perjanjian itu tidak dipenuhi.
Namun, janganlah sewenang-wenangnya lafaz taklik ini dilafazkan kerana lafaz cerai taklik adalah salah satu daripada jenis cerai dan ia diucapkan untuk membatalkab sesebuah perkahwinan.

Jadi, bagi menjelaskan isu cerai taklik ini, seorang peguam yang dikenali sebagai Wafda Kamilen telah berkongsi situasi jatuhnya talak kepada sang isteri dan penjelasan lanjut tentang cerai taklik ini.
“Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran.“
Ragam manusia, aneh-aneh la nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran jangkal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadap mende yang sama. Nasi sudah menjadi bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila dah langgar, segeralah ke mahkamah syariah..
“Hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan samada jatuh talak ataupun tidak…”
Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan samada jatuh talak ataupun tidak..hati-hatilah para suami dlm soal taklik ni. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna…
Kepada mereka yang sudah berumahtangga atau bakal bergelar suami isteri, janganlah amil mudah tentang hal ini. Ambillah isu ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada kita semua.
Sumber: Wafda Kamilen